No Claim Discount (NCD) ialah diskaun premium yang diberikan selepas tempoh tanpa tuntutan yang layak. Bagi kereta persendirian, NCD boleh meningkat sehingga 55%.
→ Cuba Kalkulator NCD KiraKereta.my
Jadual NCD kereta persendirian
| Tempoh tanpa tuntutan | NCD |
|---|---|
| 1 tahun | 25% |
| 2 tahun | 30% |
| 3 tahun | 38.33% |
| 4 tahun | 45% |
| 5 tahun dan ke atas | 55% |
Contoh kira NCD
Jika premium asas yang layak RM1,800 dan NCD 55%, nilai diskaun asas ialah RM990. Caj, cukai dan perlindungan tambahan mungkin dikira berasingan.
Apa berlaku selepas claim?
Kesan tuntutan terhadap NCD bergantung kepada jenis tuntutan dan syarat polisi. Semak dengan insurer sebelum membuat keputusan.
Boleh pindah NCD ke kereta baru?
PIAM menerangkan bahawa NCD terkumpul boleh dipindahkan kepada kenderaan baharu tertakluk kepada syarat berkaitan.
Market Value vs Agreed Value
Fahami bagaimana insurer menentukan nilai perlindungan dan jangan memilih polisi semata-mata kerana premium paling murah.
→ Masukkan insurans dalam kos pemilikan